Selamat Datang Ke Laman Rukun Tetangga Pantai Damat

Selamat Datang Ke Laman Rukun Tetangga Pantai Damat

Musim remis Januari 2014

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Kawasan Rukun Tetangga Kg. Pantai Damat telah ditubuhkan pada bulan Ogos tahun 2008. Kg. Pantai Damat merupakan salah sebuah kampung di daerah Bachok selain daripada Kg. Kubang Kawah, Kg. Daramain, Kg. Tok Burung dan lain- lain lagi. Kampung ini mempunyai lebih 3000 orang penduduk yang terdiri daripada bangsa Melayu. Majoriti penduduk di kampung ini mempunyai pekerjaan sebagai nelayan dan petani. Ini adalah kerana kedudukan geografi kampung ini terletak persisiran pantai iaitu Laut China Selatan. Kg. Pantai Damat terletak kira- kira 2km dari bandar kecil Bachok dan bandar utama Kota Bharu.